AOR Youth masak ‘Butter Chicken’ untuk penerima zakat disekitar Masjid Zahir.
- AOR Youth Official

- Jun 3, 2019
- 1 min read
Bagi memeriahkan lagi penghujung bulan Ramadan pada tahun ini,
Pertubuhan Belia Bukan Kerajaan (NGO)-AOR Youth telah menganjurkan program
‘Get Together Ramadan 2019’ (GTR 2019) untuk belia membabitkan diri dalam
mengagihkan bungkusan makanan, minuman dan duit raya kepada penerimapenerima
zakat di sekitar kawasan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.
Pengarah program, Faqrul Asyraf , 24, berkata “objektif program Ramadan kali ini
adalah untuk memupuk sifat kesedaran kepada belia supaya menyedari betapa
pentingnya untuk kita berkhidmat dan membantu masyarakat terutamanya di sekitar
kawasan Negeri Kedah.”
Program yang melibatkan hampir 20 sukarelawan ini, seawal 7.30 pagi telah
berkumpul di SK Sri Taman, Alor Mengkudu untuk sesi perkenalan dengan semua
sukarelawan seterusnya bergotong-royong menyediakan makanan untuk diagihkan
kepada penerima-penerima zakat. Dengan hasil kerjasama ikhlas dari sukarelawan
‘GTR 2019’, sebanyak 150 bungkusan makanan dan ‘goodies bag’ dapat disediakan.
Tambah Faqrul lagi, apa yang menarik untuk program ‘GTR 2019’ kali ini, menu
masakan untuk diagihkan kepada penerima-penerima zakat juga ada kelainnya
apabila hasil perbincangan semua ahli jawatankuasa dan sukarelawan bersetuju
untuk memilih nasi putih dan ‘Butter Chicken’ sebagai menu utama.
“Alasan kami memilih nasi putih dan ‘Butter Chicken’ adalah kerana kami ingin
memberi pengalaman kepada mereka dimana mungkin diantara penerima-penerima
zakat ini tidak pernah atau tidak berpeluang merasa juadah berbuka seperti ini,”
ujarnya.
Tambah beliau, selain dari dapat membantu masyarakat dibulan yang mulia ini, impak
program amal yang melibatkan “orang muda” ini juga dapat membentuk belia di Kedah
supaya memperbanyakkan lagi program-program amal seperti ini agar mereka dapat
menambah pengalaman dengan mempelajari benda baharu yang memberi banyak
faedah kepada kehidupan mereka.


Comments